Jamali Shadat meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelawak veteran, Datuk Jamali Shadat, 78, menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya di Pulau Indah, Klang, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Berita sedih itu disahkan anak bongsunya, Sazli Jamali.

"Bapa sudah tiada. Saya diberitahu arwah bapa menghembuskan nafas terakhirnya di atas katil.

"Insya-Allah, urusan pengebumian akan dipercepatkan. Berkemungkinan selepas Zohor atau Asar hari ini.

"Arwah bapa akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah," katanya.

Pelawak kelahiran Bukit Kapar, Klang itu mula uzur sejak pemergian isteri, Allahyarham Lela Yacob akibat serangan angin ahmar, dua tahun lalu.

Allahyarham ketika itu bagaikan hilang semangat, banyak berdiam dan terpaksa bergantung kepada anak, menantu dan cucu untuk menguruskan diri serta kurang selera makan.

Pada zaman kegemilangannya pada 1980-an, pelawak legenda ini cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama 'Atan' bersama Atuknya serta rakan berbilang kaum.

Jamali mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form